mesramobile

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan yang telah memansuhkan had harga bagi smartphone untuk Pakej Komunikasi Belia, DiGi dan UMobile kini telah pon mengemaskini tawarannya untuk pakej ini.

UMobile kini telah menawarkan lebih 17 peranti pelbagai jenama bermula daripada RM199 sehingga RM1899. Antara peranti yang ditawarkan termasuk Samsung Galaxy S III, Sony Xperia S, HTC One X dan pelbagai lagi. Turut didatangi bersama pakej ini ialah Prepaid Stater Pack bernilai RM2B yang diberi secara percuma tanpa sebarang langganan bulanan. Maklumat lanjut di laman rasmi UMobile

Berbeza dengan Digi, Digi menawarkan 4 peranti untuk Pakej Komunikasi Belia yang didatangi dengan Pelan Pospaid untuk Samsung Galaxy Note II dan Samsung Galaxy S III dan juga Pelan Prepaid untuk Samsung Galaxy Y dan juga HTC One X. Maklumat lanjut di laman rasmi DiGi