Gambar Nokia Lumia 520 Dan Nokia Lumia 720 Bocor di Internet

Sementara menunggu sesuatu yang menarik dari Nokia pada MWC 2013 yang akan berlansung di Barcelona, Spain tidak lama lagi, kini dua gambar Nokia Lumia 520 dan juga Nokia Lumia 720 tersebar di internet yang berkemungkinan akan dilancarkan pada MWC 2013 bersama-sama dua lagi peranti Lumia dengan nama kod Lumia Catwalk dan juga Nokia Laser yang dikatakan memiliki teknologi PureView dengan 41 Megapixel kamera.

Sedikit spesifikasi yang turut didedahkan dimana Nokia Lumia 520 merupakan smartphone windows untuk bajet rendah (Low End device) dengan paparan skrin sebesar 4 inci serta didatangi dengan Dual-Core 1Ghz Processor dan 512MB RAM. Di belakangnya pula tertera kamera 5 Megapixel tanpa sokongan Flash dan kamera kedua. Untuk Lumia 720 pula memiliki spesifikasi yang hampir sama dan sedikit perbezaan pada kamera dan juga saiz paparan dimana Lumia 720 menggunakan kamera 6 Megapixel dan 2 Megapixel kamera hadapan untuk pangilan video melalui Wifi serta memiliki saiz paparan sebesar 4.3 inci.

Gambar Nokia Lumia 520 Dan Nokia Lumia 720 Bocor di Internet
Nokia Lumia 520

Gambar Nokia Lumia 520 Dan Nokia Lumia 720 Bocor di Internet
Nokia Lumia 720