Perbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S III

Siapa yang tidak kenal pada kedua-dua telefon pintar ini, Kedua-duanya merupakan smartphone idaman bagi setiap yang inginkannya. Kedua-duanya telah membawa dan meletakkan satu kayu ukur bagi peranti yang bakal dihasilkan pada masa akan datang dengan teknologi dan spesifikasi yang dibawanya. Jika Samsung Galaxy S III terkenal dengan Popup Play, S-Voice dan sebagainya, iPhone 5 pula membawa Siri dan juga iOS 6. Namun, apakah perbezaan, kekurangan dan kelebihan bagi kedua-dua peranti idaman kita ini.

Sebenarnya agak sukar untuk membandingkan kedua-duanya kerana masing-masing menggunakan platform dan juga perkakasan yang berbeza. Masing-masing memiliki kelebihan dan juga kekurangan dan bergantung pada penggunaan individu itu sendiri. Platform Android lebih kepada individu yang gemarkan “Customization” ataupon pengubahsuaian seperti menghias paparan utama dengan Widget dan juga Live Wallpaper dan sebagainya. Bukan itu saja, Android lebih mementingkan fungsi dan juga teknologi yang dibawa olehnya. Untuk iPhone 5 pula ia lebih kepada kualiti, kelancaran dan juga keupayaannya.

Perbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S III

Jika kita teliti pada Benchmark bagi Apple iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S III mahupon peranti Android yang lain, iPhone 5 masih lagi berada di atas. Ini berkemungkinan kerana Apple telah menghasilkan iOS yang telah dioptimumkan hanya pada peranti iPhone manakala Android pula dihasilkan atas penggunakan pelbagai jenis dan jenama smartphone. Dan dari situ, Android agak sukar untuk memenuhi setiap peranti yang menggunakan pelbagai hardware yang berbeza. Walaupon begitu ia tidak bererti Smartphone Android mengabaikan kualiti dan juga kelancaran contohnya pada Android 4.1 Jelly Bean dimana Google telah berusaha melengkapkan satu projek yang dinamakan “Projek Butter” yang bertujuan meningkat kelancaran pada peranti Android. Untuk ketahanan bateri pula, Samsung Galaxy S III melebihi sehingga dua kali ganda berbanding iPhone 5.

Untuk iPhone 5 yang telah membuat kemaskini pada platform iOS6 dengan penambahbaikan pada Siri, memperkenalkan fungsi Facetime yang membenarkan pengguna membuat panggilan video melalui rangkaian selular dan sebagainya. Namun, kelemahan iPhone 5 dapat dilihat pada awal pelancarannya dahulu seperti skrin sentuh yang tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya namun Apple dengan pantas telah mengatasi masalah ini dengan beberapa kemaskini pada platform mereka. Untuk Android pula, Jelly Bean masih lagi belum digunakan secara meluas, hanya beberapa peranti seperti peranti Nexus, Samsung, HTC dan beberapa peranti yang telah menerima kemas kini jelly bean. Kebanyakkannya berpuas hati dengan kemaskini yang di bawa Jelly Bean terutamanya dari segi kelancarannya.

Model Apple iPhone 5 Samsung Galaxy S III
OS iOS 6 Android OS, v4.0 (Ice Cream Sandwich)
Processor Chipset
GPU
Dual-core 1.2 GHz
Apple A6 Power
VR SGX 543MP3
Quad-core 1.4 GHz
Exynos 4412 Quad
Mali-400MP
Camera • 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
• 1080p@30fps video recording
• 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
• 1080p@30fps video recording
Memory • 16/32/64 GB storage
• 1 GB RAM
• 16 GB storage
• 2 GB RAM
Features • Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• SIRI
• Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• S-Voice
Display • LED-backlit IPS TFT, 16M colors
• 326 ppi
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 306 ppi
• 720 x 1280 pixels, 4.8 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
Design • Dimension 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
• Weight 112 g
• Dimension 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
• Weight 133 g

Untuk perkakasan pula, Samsung Galaxy S III dan Apple iPhone 5 tidak memaparkan sesuatu yang baru. Kedua-duanya hanya menigkatkan keupayaanya dari segi kelajuan, persembahan grafik dan juga kemampuan untuk ‘multitasking yang lebih effektif. iPhone 5 telah membawa Cip Pemproses A6 yang dikatakan memiliki kelajuan dua kali lebih daripada iPhone 4S dari segi keupayaan dan juga persembahan grafik. Untuk Samsung Galaxy S III pula, Samsung memperkenalkan Quad Core Processor yang labih baik daripada model terdahulu. untuk Kamera, kedua-duanya masih lagi menggunakan kamera 8 megapixel. Untuk fungsi kamera, Samsung lebih memiliki kelebihan berbanding iphone dengan adanya beberapa fungsi tambahan seperti Smartshare dan sebagainya. Untuk kualiti gambar pula, sudah tentu iPhone 5 dilihat lebih baik bedasarkan ujian yang telah dibuat oleh TechRadar pada video dibawah.


Perbandingan kamera antara Samsung Galaxy SIII dan iPhone 5 yang dibuat oleh TechRadar

Apple iPhone 5

Perbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S IIIPerbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S IIIPerbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S III

Kelebihan Kekurangan
  • Memiliki reka bentuk lebih nipis
  • Memiliki kamera yang lebih baik
  • Lebih ringan dan padat
  • Dihasilkan dengan material yang lebih baik
  • Arahan suara (SIRI) yang lebih efektif
  • Tiada sokongan NFC
  • Tiada sokongan untuk slot memori tambahan
  • Paparan skrin yang kecil tanpa sokongan resolusi HD.

Kelebihan dan kekurangan pada iPhone 5

Samsung Galaxy S III

Perbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S IIIPerbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S IIIPerbandingan Antara Apple iPhone 5 dan Samsung Galaxy S III

Kelebihan Kekurangan
  • Memiliki paparan skrin yang lebih besar dengan resolusi HD
  • Menyokong Teknologi NFC
  • Menyokong aplikasi mini
  • Material digunakan kurang berkualiti berbanding iPhone 5

Kelebihan dan kekurangan pada Sony Xperia Z