jimatkan bateri

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita yang lebih gemar untuk menggunakan Smartphone berbanding telefon bimbit yang biasa. Ini kerana lambakan pelbagai jenis smartphone dipasaran dari harga ratusan sehinggalah ke ribuan ringgit. Namun terdapat satu masalah pada telefon pintar ini yang sukar diatasi iaitu jangka hayat bateri yang agak pendek berbanding telefon bimbit biasa. Jadi, kami akan bawakan beberapa tip penjagaan telefon bimbit tanpa menggunakan sebarang aplikasi tambahan.

1. Matikan Penggunaan WIFI dan Bluetooth.
Sebuah telefon pintar sudah tentunya memiliki WIFi dan juga Bluetooth untuk penukaran data dan juga melayari internet. Tapi tahukan anda setiap penngunaan Wifi dan juga Bluetooth akan memendekan jangka hayat bateri pada telefon pintar. Jadi pastikanlah Wifi dan Bluetooth dimatikan sekiranya tidak digunakan.
Aturan : Setting >> Matikan Wifi dan Bluetooth

2. Setkan Kecerahan Skrin Automatik Pada Smartphone.
Salah satu penyumbang terbesar pada jangka hayat bateri ialah paparan skrin yang telalu cerah. Jadi setkan kepada automatik supaya sesuai dengan keadaan sekeliling.
Aturan : Setting >> Display >> Brightness >> Pilih Automatic Brightness

3. Setkan “Display Sleep” kepada Paling Singkat
Seperti yang diberitahu, penggunaan paparan yang terlalu lama akan mengakibatkan jangka hayat bateri akan menjadi lebih pendek. Selalunya smartphone Android membenarkan pengguna menetapkan “Display Sleep” serendah 15 saat sehinggalah ke 30 minit. Untuk penjimatan bateri yang lebih optimum kami mencadangkan anda menetapkan pada 15 saat atau 30 saat.
Aturan : Setting >> Display >> Sleep >> Pilih 15 atau 30 Seconds

4. Buang Aplikasi yang Tidak Digunakan.
Kebanyakan aplikasi Android akan dijalankan secara automatik tanpa npengatahuan dari anda ia akan menyebabkan kandungan RAM yang tinggi diperlukan dan mengakibatkan tempoh jangka hayat bateri semakin cepat berkurangan. Jadi kami mencadangkan membuang aplikasi yamg tidak digunakan bukan sahaja untuk menjimatkan bateri malah dapat meningkatkan prestasi pada peranti anda.
Aturan : Setting >> Apps >> Klik pada aplikasi untuk dibuang dan klik Uninstall

5. Matikan Servis lokasi dan Juga GPS
kebanyakan aplikasi seperti Facebook, Web Browser dan sebagainya memerlukan servis lokasi untuk menjejak tempat tinggal anda dan ianya tidaklah begitu penting dalam penggunaan Facebook dan juga Web browser seperti chrome, firefox dan sebaginya. Untuk GPS pula hanya dihidupkan apabila hendak digunakan.
Aturan : Setting >> Location Access >> Matikan pada “Access to my location”

6. Matikan Fungsi “Background Data”
Sesetengah aplikasi seperti email, facebook dan sebagainya akan mencapai internet secara automatik untuk mendapatkan kemas kini terkini namun penggunaan fungsi ini akan mempercepatkan tempoh hayat bateri.
Aturan : Setting >> Accounts & Sync >> Matikan sync dari akaun yang tidak penting

7. Letakkan Smartphone Anda di Tempat Yang Sesuai.
Bateri telefon pintar amat sensetif pada suhu dan janganlah meletakkan smartphone ada di tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

Tags