Angry Birds Star Wars II

Permainan popular daripada Rovio yang terkenal dengan watak-watak burung dan khinzir kini bakal melancarkan versi baru iaitu Angry Birds Star Wars II yang bakal menemui pengguna Android, iOS dan juga Windows Phone yang akan dilancarkan pada 19 September ini.

Menurut Ravio, mereka bakal melancarkan Angry Birds Star Wars II dengan harga USD0.99 dan juga versi percuma untuk pengguna Android. Sebelum ini mereka telah melancarkan Angry Birds Star Wars yang telah menjadi popular dengan lebih 100 juta download untuk pelbagai platform. Kini, Angry Birds Star Wars II Bakal hadir dengan penambahan watak-watar baru seperti Anakin, Mace Windu dan Darth Maul dengan tempat latar yang lebih menarik.

Selain itu, Angry Birds Star Wars II diintegrasikan dengan teknologi telepod daripada Hasbro untuk pengalaman bermain lebih menarik. Teknologi telepod ini membenarkan anda membawakan watak untuk bermain dengan hanya menggunakan patung fizikal Anggry Bird yang diacukan pada kamera telefon pintar mahupon tablet. Menurut Ravio lagi, lebih 30 jenis patung fizikal yang bakal diumumkan pada hari pelancaran kelak.

Angry Birds Star Wars II

Teknologi Telepods pada Angry Birds Star Wars II