fifa 2014

Electronic Art (EA) telah mengumumkan bahawa permainan sukan bola sepak popular, FIFA 2014 boleh di download secara percuma untuk platform iOS dan Android apabila dilancarkan kelak. Sebelum ini mereka telah melancarkan permainan Plants VS Zombie 2 yang juga boleh didownload secara percuma.

Menurut Electronic Art, Permainan Freemium seperti Fifa2014 boleh didapati secara perrcuma dan mereka akan menjana pendapatan berdasarkan pembayaran dalaman seperti pembelian pasukan, peningkatan level dan skil dan sebagainya.

Fifa 2014 dijangkakan akan dilancarkan pada 10 September ini bagi kedua-dua platform Android dan iOS. Pada masa yang sama mereka turut mengeluarkan versi demo untuk PS3, Xbox 360 dan PC.