BBM

Sebelum ini Blackberry telah menjanjikan bahawa mereka akan bawakan BlackBerry Messenger atau bahasa mudahnya BBM kepasa pengguna Android dan iOS yang dikatakan bakal dilancarkan pada penghujung September ini.

Melalui laman sesawang BlackBerry, mereka mula menjemput pengguna Android dan iOS untuk menjadi yang pertama menggunakan aplikasi tersebut. BBM sebelum ini merupakan aplikasi permesejan yang eksklusif untuk peranti BlackBerry sahaja seperti mana iMassege pada iOS dan Hangout untuk pengguna Android. Jadi, kepada pengguna iOS dan Android yang ingin menjadi yang pertama menggunakan BBM pada peranti mereka boleh mendaftar di laman rasmi BlackBerry.

Sumber : BlackBerry