Nokia Lumia 625

Nokia Malaysia telah melancarkan satu lagi penambahan pada keluarga Lumia iaitu Nokia Lumia 625 yang bakal dijual pada harga RM939. Peranti untuk kelas permulaan ini turut hadir dengan lima pilihan warna termasuk hitam, putih, oren dan juga hijau yang turut menawarkan beberapa aksesori termasuk audio headset dan sebagainya.

Peranti dengan sokongan internet pantas 4G LTE ini dimuatkan dengan cip pemproses Dual-Core 1.2 Ghz yang didatangkan bersama 512 MB RAM. Nokia Lumia 625 merupakan alternatif kepada yang inginkan internet berkelajuan tinggi 4G LTE dengan harga peranti yang lebih murah. Bercakap soal kamera, seperti telefon pintar “Level-Entry” yang lain, Nokia Lumia 625 turut menawarkan 5 Megapixel kamera yang menyokong rakaman video HD1080p.

Buat masa ini, belum ada syarikat telko yang menawarkan pelan data untuk Nokia Lumia 625. Untuk spesifikasi penuh Nokia Lumia 625 boleh merujuk di Phone Gallery atau gambar infografik dibawah.

Nokia Lumia 625