Nokia Lumia 625

Adakah kita masih ingat pada Nokia Lumia 620 yang telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas? Nokia baru saja mengumumkan kesinambungan kepada peranti mampu milik itu dengan melancarkan Nokia Lumia 625 yang lebih mengfokuskan kepada negara membangun. Pada masa yang sama, Nokia Malaysia turut mengumumkan Nokia Lumia 625 di Malaysia dengan harga RM939 yang mula dipasarkan pada awal September 2013.

Nokia telah membuat beberapa penambahbaikan yang terdapat pada Lumia 620 terdahulu antaranya dari segi keupayaan, sokongan internet berkelajuan tinggi 4G LTE dan sebagainya. Untuk itu kami akan membuat sedikit ulasan bedasarkan spesifikasi Nokia Lumia 625 dan juga perbandingan antara kedua-dua peranti Lumia 620 dan Lumia 625.

Reka Bentuk

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Jika kita imbas 10 tahun yang lalu mesti kita masih inggat kelebihan yang ada pada peranti Nokia pada ketika itu iaitu kebolehan menukar kerangka luar pada peranti Nokia. Kini, konsep yang sama diguna pakai pada peranti Lumia terbaru ini, Namun Lumia 625 hanya bokeh menukar kerangka pada bahagian belakang sahaja yang hadir dengan lima pilihan warna termasuk hitam, putih, oren, kuning dan hijau.

Reka bentuk Lumia 625 masih lagi mengekal ciri-ciri yang ada pada Lumia 620. Cuma Nokia telah mengurangkan ketebalan pada Lumia 625 menjadikan ia setebal 9.2 mm dengan berat 159g. Dari segi saiz paparan pula, Nokia meningkatkan hampir 1 inci dimana Lumia 625 memiliki paparan skrin sebesar 4.7 inci. Dengan resolusi yang sama (480 x 800 pixels), permukan skrin peranti ini dilapisi dengan gentian kaca daripada Gorilla Glass 2 untuk lebih ketahanan pada skrin paparan.

Spesifikasi

Perkara pertama yang berperanan yang menjadi Asas kepada sesebuah telefon pintar ialah platform yang digunanya. Bagi Lumia 625, sudah tentunya dijalankan pada platform Windows Phone 8. Malah berita baik untuk penguna peranti ini apabila mereka turut akan mendapat kemas kini kepada Windows Phone 8 Amber yang lebih mengfokuskan penambah baikan pada kamera dan mod photografi yang lebih baik.

Bagi keupayaanya pula, Lumia 625 menawarkan cip pemproses Dual-Core 1.2 Ghz yang didatangkan bersama 512 MB RAM. Untuk fungsi pengambaran, Nokia masih lagi mengekalkan 5 Megapixel kamera pada Lumia 625. Namun, ia turut menyokong rakaman video HD penuh 1080p. Di bahagian hadapan pula tertera kamera VGA yang boleh digunapakai untuk panggilan video melalui aplikasi pihak ketiga seperti Skype dan sebagainya.

Perkara yang menjadi satu kelebihan pada peranti ini ialah sokongan rangaian internet berkelajuan tinggi 4G LTE. Bagi kita di Malaysia amatlah bernasib baik kerana kebanyakan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom mula menambah baik rangkaian mereka dengan penggunaan rangkaian 4G LTE.

Antara spesifikasi lain, anda boleh merujuk jadual dibawah perbandingan antara spesifikasi Nokia Lumia 620 dan juga Nokia Lumia 625.

Model Nokia Lumia 620 Nokia Lumia 625
OS Microsoft Windows Phone 8 Microsoft Windows Phone 8
Processor Chipset
GPU
Dual-core 1 GHz Krait
Qualcomm Snapdragon S4
Adreno 305
Dual-core 1.2 GHz Krait
Qualcomm MSM8930 Snapdragon
Adreno 305
Camera • 5 Megapixel, 2592х1936 pixels
• 1080p@30fps video recording
• VGA Secondary Camera
• LED Flash
• 5 Megapixel, 2592х1936 pixels
• 720p@30fps video recording
• VGA Secondary Camera
• LED Flash
Memory • 8 GB storage
• 512 MB RAM
• 8 GB storage
• 512 MB RAM
Features • Bluetooth
• Wi-Fi
• GPS
• NFC
• Bluetooth
• Wi-Fi
• GPS
• FM Radio
Display • TFT, 16M colors
• 246 ppi
• 480 x 800 pixels, 3.8 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• IPS LCD, 16M colors
• 199ppi
• 480 x 800 pixels, 4.7 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass 2
Design • Dimension 115.4 x 61.1 x 11 mm
• Weight 127 g
• Dimension 133.3 x 72.3 x 9.2 mm
• Weight 159 g

 

Kelebihan dan Kekurangan

Bagi kami dengan harga RM939 sangat-sangatlah berbaloi untuk memiliki peranti ini. Dengan paparan skrin sebesar 4.7 inci, sokongan rangkaian 4G LTE, ketahanan skrin dengan Corning Gorilla Glas 2 dan juga platform Windows Phone 8 seolah-olah peranti ini merupakan sebuah peranti untuk kelas atasan sebaris dengan peranti Lumia 920 dan yang lain. Namun kekurangnya dapat dilihat pada sensor kamera yang hanya menggunakan 5 Megapixel kamera. Jika dibandingkan dengan harganya yang mencecah RM1000 anda mungkin boleh mendapat 8 Megapixel kamera dari pengeluar Smartphone yang lain. Yang pastinya, walaupon menggunakan 5 Megapixel kamera, Nokia tidak pernah mengecewakan penggunanya. Untuk lain-lain kelebihan dan kekurangan anda boleh merujuk ringkasan dibawah.

Kelebihan Kekurangan
  • Sokongan rangkaian internet berkelajuan tinggi 4G LTE
  • Paparan Skrin yang besar 4.7 inci
  • Lapisan gentian kaca dari Gorilla Glass 2 untuk lebih ketahanan.
  • Sokongan Dolby Sound
  • Sensor kamera yang kecil dengan 5 Megapixel.
  • Sistem memori yang kecil dengan 512 MB RAM.
  • Tiada sokongan NFC

Kesimpulannya, Nokia Lumia 625 merupakan sebuah telefon pintar yang hebat dari segi spesifikasi yang ditawarkan, reka bentuk yang menarik dan juga harga yang berpatutan. Ia amat sesuai bagi yang gemarkan sebuah peranti mudah alih yang boleh mengakses internet dimana jua dengan pantas dan fungsi multimedia yang mengagumkan pada skrin sebesar 4.7 inci menjanjikan pengalaman menonton video dan movie yang lebih menarik.