BlackBerry Z30 dan Q15

Selepas pelancaran platform terbaru BlackBerry OS 10 pada awal tahun ini, BlackBerry cuba menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapinya terutamanya dalam perkongsian pasaran yang semakin jatuh merudum. Sehingga hari ini, masalah tersebut masih sukar diatasi sehinggakan mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti membuat perkongsian strategik atau yang lebih parah lagi dengan menjual syarikat.

Berbalik pada perkara utama kita, Beberapa gambar design untuk peranti BlackBerry Z30 dan BlackBerry Q15 tersebar di internet yang dikepilkan bersama spesifikasi bagi kedua-dua peranti tersebut.

BlackBeery Z30 dijangka akan dilengkapi dengan paparan OLED dengan resolusi HD 720p sebesar 5.0 inci. Ia bakal hadir dengan cipset dari Qualcomm dengan Dual-Core 1.7 Ghz Processor dan Quad-Core Adreno GPU yang didatangkan bersama 2 GB RAM. Bukan itu saja, BlackBerry Z30 dikatakan akan hadir bersama pengecas tanpa wayar.

Untuk BlackBerry Q15 pula masih lagi belum dapat dipastikan spesifikasinya. Dan sekiranya khabar angin ini benar, BlackBerry Q15 merupakan peranti pertama BlackBerry OS 10 dengan reka bentuk slider. Diharapkan kedua-dua peranti ini akan menjadi pengubat pada masalah yang dihadapi BlackBerry pada masa akan datang.

BlackBerry Z30 dan Q15