Apple iPhone 5S dan Apple iPhone 5C

Sepertimana kita tahu, Apple telah menamatkan segala khabar angin berkaitan iPhone 5C dan juga iPhone 5S dengan pelancaran produk tersebut baru-baru ini. Untuk peranti kali ini Apple memperkenalkan 3 teknologi baru dalam industri teknologi telefon bimbit iaitu yang pertama pengesan cap jari pada iPhone 5S bagi mengukuhkan ciri-ciri keselamatan pada perantinya. Kedua, penggunaan cip A7 yang merupakan cipset pertama yang menyokong 64Bit untuk telefon bimbit dan yang terakhit iaitu kamera dengan variasi warna flash yang dipanggil untuk memperlihatkan gambar yang diambil lebih natural atau semulajadi.

Untuk iPhone 5C pula, sesuatu yang baru dalam sejarah iPhone apabila Apple melancarkan iPhone 5C dengan pelbagai pilihan warna termasuk putih, biru, hijau, kuning dan merah jambu. iPhone 5C bakal dijual pada harga bermula USD549 (RM1800) untuk Unlocked Version dan iPhone 5S dijual bermula USD649 (RM2140) untuk Unlocked Version.

iPhone 5S dan iPhone 5C agak berbeza antara satu sama lain terutamanya dari segi keupayaan grafik, prestasi, kamera mahupon design. Apple iPhone 5S lebih mengfokuskan kepada golongan berkemampuan dengan design yang lebih premium dan eksklusif manakala iPhone 5C lebih cenderung kepada pasaran negara membangun termasuk Malaysia yang bakal dijual dengan harga yang lebih murah walaupon masih lagi di anggap terlalu mahal jika dibandingkan dengan peranti yang sama level dengannya. Untuk perbandingan yang lebih jelas antara iPhone 5S dan iPhone 5C boleh merujuk perbandingan spesifikasi di bawah.

Model Apple iPhone 5S Apple iPhone 5C
OS • iOS 7 • iOS 7
Processor Chipset
GPU
• Dual-core 1.7 GHz
• Apple A7
• –
• Dual-core 1.3 GHz
• Apple A6
• PowerVR SGX 543MP3
Camera • 8 Megapixel, [email protected]
• 1.2 Megapixel Front Camera
• Dual-LED, True Tone flash
• 1/3” sensor size
• HDR, Face Detection
• 8 Megapixel, [email protected]
• 1.2 Megapixel Front Camera
• LED flash
• 1/3.2” sensor size
• HDR, Face Detection
Memory • 16/32/64 GB storage
• 1 GB RAM
• 16/32 GB storage
• 1 GB RAM
Features • Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• LTE Support
• Fingerprint sensor (Touch ID)
• SIRI Language Command
• Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• LTE Support
• –
• SIRI Language Command
Display • LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass
• LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• –
Design • Dimension 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
• Weight 112 g
• Dimension 124.4 x 59.2 x 9 mm
• Weight 132 g