HTC telah mengumumkan satu lagi peranti untuk pasaran mid-range dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE iaitu HTC Desire 510.
HTC Desire 510 dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 410 dengan Quad Core 1.2 Ghz yang didatangkan bersama 1 GB RAM. Peranti dengan saiz paparan 4.7 inci dengan resolusi 480 x 854 pixels ini hadir dengan 5 Megapixel kamera utama serta perakam kamera VGA di bahagian hadapan untuk panggilan video dan sebagainya
Baca Juga:
Spesifikasi HTC Desire 510
Peranti ini dijangka akan memasuki pasaran Eropah, US dan juga Asia tidak lama lagi. Soal harganya pula, HTC masih lagi belum mengeluarkannya secara rasmi. Untuk spesifikasi penuh HTC Desire 510 boleh merujuk di Phone Gallery