nexx

Bagi peminat gadget telefon pintar sudah tentunya amat menanti-nantikan peranti Nexus dilancarkan. Seperti artikel sebelum ini, Google dikatakan bakal mengumumkan dua peranti Nexus tahun ini dan salah satunya ialah Nexus X yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Nexus 6.

Bagi yang masih belum mengatahui berkaitan peranti Nexus, ia merupakan projek hasil kerja sama antara Google dan juga pengeluar telefon bimbit. Untuk tahun ini, Google telah bekerjasama bersama Motorola bagi menjayakan Nexus X dan HTC untuk Nexus 9.

Bercakap soal Nexus X, di arena web dan forum-forum gadget telah tersebar beberapa spesifikasi Nexus X yang dikatakan salah satu peranti yang memiliki spesifikasi yang hebat dan sudah tentunya ia akan dipadankan dengan platform terbaru Android L.

Baca Juga
Spesifikasi LG Nexus 5
Spesifikasi Asus Nexus 7

Motorola Nexus X dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 805 dengan keupayaan Quad-Core 2.7 Ghz yang didatangkan dengan 3 GB RAM. Selain itu Nexus X juga bakal menggunakan kamera 13 Megapixel. Berkaitan paparan skrinnya pula Nexus X bakal hadir dengan resolusi 2K. Buat masa ini, Google masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran Nexus X secara rasmi. Teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan peranti Nexus ini.