Xiaomi Mi Band

Xiaomi yang terkenal sebagai salah satu jenama yang menawarkan peranti dengan harga yang murah kini bakal melancarkan Fitness Band pada 18 Ogos ini yang dijangkakan akan dijual sekitar USD13 (RM45) menjadikan ia antara fitness band yang termurah.

Walaupon menawarkan harga yang murah, Xiaomi MI Band memiliki ciri-ciri kalis air dan habuk (pengitirafan IP67) yang membolehkan untuk menyelam selama satu meter dan memiliki cukup kuasa bateri untuk bertahan selama sebulan.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Xiaomi MI Band ialah sebagai pengera supaya tidur anda lebih sempurna, membuka kunci smartphone dan pelbagai lagi fungsi untuk memantau kecergasan anda. Buat masa ini pihak Xiaomi masih lagi belum mengumumkan bahawa Mi Bandi boleh digunakan untuk peranti Android yang lain atau digunakan pada peranti Xiaomi sahaja.