a

Pada majlis pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Apple turut mengumumkan Apple Watch yang merupakan jam pintar yang pertama dari Apple. Bukan sahaja Samsung dan Sony, Apple juga tidak melepaskan peluang menerokai pasaran jam pintar yang semakin meningkat pada ketika ini.

Menurut Apple, mereka telah mereka bentuk lebih 6 tali pengikat untuk jam pintar mereka yang membolehkan pengguna membuat pilihan mengikut citarasa mereka. Apple Watch bakal hadir dengan pelbagai sensor termasuk gyroscope, accelerometers dan juga heart rate sensor bagi memantau denyutan nadi.

Ya, sudah tentu Apple watch hanya boleh di integrasi pada produk Apple sahaja. Antara kelebihan yang terdapat pada Apple Watch seperti di bawah:

  1. Antaramuka yang lebih menarik yang dapat dikawal dengan mudah menggunakan butang pemulas yang dipanggil “Digital Crown”.
  2. Direka bentuk dengan fungsi kecergasan dan kesihatan bagi mengawal kecergasan seharian kita.
  3. hadir dengan pelbagai pilihan tali pengikat yang menarik.
  4. Dilengkapi dengan arahan suara SIRI untuk memudahkan kawalan menu.
  5. Diintegrasi dengan Apple Pay bagi memudahkan pembelian diĀ Starbucks, McDonalds, Apple Store dan pelbagai lagi.
  6. Menyokong pada iPhone 5 dan keatas.

Apple Watch akan mula di pasaran pada awal tahun 2015 bermula dengan harga USD349 atau bersamaan RM1200 di Malaysia.

b