Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Samsung Malaysia telah mengumumkan Samsung Galaxy Alpha yang mula di pasaran Malaysia dengan harga RM1899. Namun yang ingin menggunakan plan data, kini terdapat tawaran dari Maxis dan UMobile bagi peranti tersebut.

Untuk UMobile, terdapat tiga pilihan pakej Pelan data untuk Samsung Galaxy Alpha dengan harga peranti bermula RM709 tanpa duit pendahaluan semasa pendaftaran. Bagi bayaran bulanan pula, UMobile menawarkan RM58 untuk 2GB data internet, RM88 untuk 3GB data internet dan RM138 bagi 5GB intternet data. Ketiga-tiga pakej tersebut sah dengan 24 bulan kontrak.

um

Untuk pakej dari Maxis pula, mereka menawarkan harga peranti serendah RM1199 untuk Samsung Galaxy Alpha. Seperti juga pakej dari UMobile, Maxis turut menawarkan tiga pilihan pakej iaitu MaxisONE Lite dan dua dari pakej MaxisONE. Untuk bayaran bulanan pula, Maxis mengenakan RM78 untuk data internet 1GB, RM128 untuk data internet 2 GB dan RM158 untuk data internet 3GB.

max

Untuk maklumat lanjut bagi kedua-dua pakej tersebut boleh melayari laman rasmi Maxis dan UMobile.