iphone1

Apple baru saja melancarkan dua peranti perdananya iaitu Apple iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Pelbagai fungsi dan perkara baru dipertingkatkan pada iPhone kali ini antara yang ketara ialah penggunaan paparan skrin yang lebih besar. Dari segi spesifikasi lain yang ditawarkan kedua-dua peranti ini hampir sama kecuali pada kameranya dimana iPhone 6 Plus hadir dengan Optical Image Stabilization mnakala iPhone 6 hanya hadir dengan Digital Image Stabilization.

Lupakan sebentar pada Apple iPhone 6 Plus, kerana spesifikasinya hampir sama dengan Apple iPhone 6 dan pada kali ini kita akan melihat perbandingan antara iPhone 6 dan juga penyandangnya terdahulu iPhone 5S. Adakah masih berbaloi untuk kita menaik taraf kepada iPhone 6 dan iPhone 6 plus?. Mari kita lihat perbandingan spesifikasi di bawah:

Perbandingan Antara Apple iPhone 6 dan Apple iPhone 5S

Model Apple iPhone 6 Apple iPhone 5S
OS • iOS 8 • iOS 8
Processor
Chipset
GPU
• Dual-core 1.4 GHz Cyclone
• Apple A8
• PowerVR GX6650
• Dual-core 1.3 GHz Cyclone
• Apple A7
• PowerVR G6430
Camera • 8 Megapixel, 1080p@60fps, 720p
• 1.2 Megapixel Front Camera
• dual-LED (dual tone) flash
• HDR, Face Detection
• 8 Megapixel, 1080p@30fps
• 1.2 Megapixel Front Camera
• dual-LED (dual tone) flash
• HDR, Face Detection
Memory • 16/64/128 GB storage
• 1 GB RAM
• 16/32/64 GB storage
• 1 GB RAM
Features • Bluetooth
• Wi-Fi
• LTE Support
• NFC
• GPS
• Bluetooth
• Wi-Fi
• LTE Support
• –
• GPS
Display • LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 750 x 1334 pixels, 4.7 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Shatter proof glass
• LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass
Design • Dimension 138.1 x 67 x 6.9 mm
• Weight 129 g
• Dimension 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
• Weight 112 g

Dibawah ini juga kami telah senaraikan kelebihan yang terdapat pada iPhone 6 berbanding iPhone 5S:

  1. iPhone 6 dikatakan 25% lebih pantas berbanding iPhone 5S dan telah meningkatkan 50% persembahan grafik yang lebih baik berbanding iPhone 5S.
  2. Memiliki paparan skrin yang lebih besar, iPhone 6 dengan 4.7 inci, iPhone 6 Plus dengan 5.5 inci manakala iPhone 5S hanya sebesar 4.0 inci.
  3. Memiliki NFC yang boleh diintegrasi bersama Apple Pay untuk memudahkan pembelian di Starbucks, McDonalds, Apple Store dan pelbagai lagi.
  4. Memiliki reka bentuk yang lebih nipis.
  5. Kamera yang lebih baik dengan sensor baru.
  6. Bateri yang lebih tahan lama.