COMPARE

Samsung baru saja melancarkan Galaxy Note generasi ke-4 pada di IFA 2014 baru-baru ini. Bagi kami, Samsung Galaxi Note 4 merupakan penambahbaikan ketara yang ada pada Galaxy Note sebelum ini dari segi keupayaan dan kecekapan, fungsi pengambaran dan yang terbaru penambahan fungsi dan sensor bagi memantau kecergasan dan sebaginya.

Adakah berbaloi untuk menaiktaraf dari Samsung Galaxy Note 3 kepada Galaxy Note 4?. Soalan yang sering ditanyakan apabila sesuatu peranti perdana yang di lancarkan. Bagi kami ia masih berbaloi kerana Samsung bukan saja meningkatkan keupayaan pemproses sahaja tetapi hampir keseluruhan aspek yang lebih mengguntungkan pengguna. Antara yang ketara ialah Galaxi Note 4 dilengkapi dengan kamera 16 Megapixel dengan penstabilan imej optikal OIS manakala Note 3 dilengkapi dengan 13 Megapixel. Selain itu, terbaru di Galaxy Note 4 ialah penggunaan sensor bagi memantau kecergasan dan kesihatan diri seperti pengesan nadi dan sebagainya sepertimana yang terdapat pada Samsung Galaxy S5. Dari segi reka bentuk tidak banyak perbezaan bagi kedua-dua phablet ini. Kedua-duanya memiliki paparan sebesar 5.7 inci. Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan harga Samsung Galaxy Note 4 dan bagi Galaxy Note 3 pula ia telah pon berada di pasaran Malaysia yang dijual dengan harga sekitar RM1599.

Antara perbabdingan lain antara Samsung Galaxy Note 4 dan Samsung Galaxy Note 3 boleh merujuk jadual di bawah.

Model Samsung Galaxy Note 4 Samsung Galaxy Note 3
OS • Android 4.4.4 (KitKat) • Android 4.4 KitKat
Processor Chipset
GPU
• Quad-core 2.7 GHz Krait 450
• Qualcomm Snapdragon 805
• Adreno 420
• Quad-core 2.3 GHz Krait 400
• Qualcomm MSM8974 Snapdragon 800
• Adreno 330
Camera • 16 Megapixel, 2160p, 1080p
• 3.7 Megapixel Front Camera
• LED flash
• HDR, OIS, Dual Shot, panorama
• 13 Megapixel, 2160p, 1080p
• 2 Megapixel Front Camera
• LED flash
• HDR, Panorama
Memory • 32 GB storage
• 3 GB RAM
• 32/64 GB storage
• 3 GB RAM
Features • Bluetooth
• Wi-Fi
• LTE Support
• NFC
• GPS
• Infrared
• Fitness Sensor
• Bluetooth
• Wi-Fi
• LTE Support
• NFC
• GPS
• Infrared
Display • Super AMOLED, 16M colors
• 515 PPI
• 1440 x 2560 pixels, 5.7 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass 3
• Super AMOLED, 16M colors
• 386 PPI
• 1080 x 1920 pixels, 5.7 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
Design • Dimension 153.5 x 78.6 x 8.5 mm
• Weight 176 g
• Dimension 151.2 x 79.2 x 8.3 mm
• Weight 168 g