COMPARE
Phablet bukanlah sesuatu yang baru dalam industri Smartphone dan Tablet, ia mula dipopularkan setelah Samsung melancarkan Samsung Galaxy Note, smartphone dengan saiz yang lebih besar beberapa tahun yang lalu. Setiap tahun permintaan Phablet semakin tinggi dan pengeluar-pengeluar cell phone yang lain tidak melepaskan peluang menerokai pasaran tersebut antaranya seperti Asus yang mengeluarkan Asus Zenfone 6 dan juga Sony yang melancarkan Sony T2 Ultra.

Dari segi reka bentuk kedua-dua memiliki reka bentuk yang tersendiri. Namun, Asus Zenfone 6 kelihatan agak besar dibandingkan dengan Sony T2 Ultra dengan dimensi 165.2 x 83.8 x 7.7 mm dan berat 171.7 g manakala Asus Zenfone 6 memiliki dimensi 166.9 x 84.3 x 9.9 mm dengan berat 196 g . Walaupon kedua-dua ini berada pada kelas yang sama iaitu Phablet pada kelas pertengahan, namun kedua-dua memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dari segi spesifikasi, reka bentuk dan fungsi. Kedua-dua memiliki saiz paparan 6 inci dengan 720 x 1280 pixels, dan juga menawarkan kamera utama 13 Megapixel. Namun, kelebihan pada Sony Xperia T2 Ultra ialah ia memiliki sambungan 4G LTE untuk pengalaman melayari internet lebih pantas. Manakala kelebihan pada Asus Zenfone 6 ialah memiliki memori RAM yang lebih besar dan juga harganya lebih murah berbanding Sony T2 Ultra. Untuk perbandingan antara kedua-dua peranti ini boleh merujuk di bawah.

Model Asus Zenfone 6 Sony Xperia T2 Ultra
OS • Android 4.3 (Jelly Bean) • Android 4.3 (Jelly Bean)
Processor
Chipset
GPU
• Dual-core 2 GHz
• Intel Atom Z2580
• PowerVR SGX544MP2
• Quad-core 1.4 GHz
• Qualcomm MSM8928 Snapdragon 400
• Adreno 305
Camera • 13 Megapixel, [email protected]
• 2 Megapixel Front Camera
• LED flash
• HDR, Face Detection
• 13 Megapixel, [email protected]
• 1.1 Megapixel Front Camera
• LED flash
• HDR, Face Detection
Memory • 8/16/32 GB storage
• 1/2 GB RAM
• 8 GB storage
• 1 GB RAM
Features • Bluetooth
• Wi-Fi
• Dual SIM
• GPS
• Bluetooth
• Wi-Fi
• LTE Support
• GPS
• NFC
Display • IPS LCD, 16M colors
• 245 ppi pixel density
• 720 x 1280 pixels, 6.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass 3
• IPS LCD, 16M colors
• 245 ppi pixel density
• 720 x 1280 pixels, 6.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• –
Design • Dimension 166.9 x 84.3 x 9.9 mm
• Weight 196 g
• Dimension 165.2 x 83.8 x 7.7 mm
• Weight 171.7 g

kesimpulanya, kedua-dua peranti tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ia dapat diringkaskan pada point dibawah dan mungkin ini merupakan alasan mengapa anda harus memiliki peranti tersebut.

Antara kelebihan yang terdapat pada Asus Zenfone 6:

  • Memiliki RAM yang lebih besar (2 GB RAM) dan memori dalaman yang lebih besar 8/16/32 GB
  • Harga yang lebih murah di bawah RM800
  • Perlidung paparan skrin Corning Gorilla Glass 3
  • Fungsi kamera yang lebih baik pada waktu malam atau ketika kekurangan cahaya.

Antara Kelebihan yang terdapat pada Sony T2 Ultra:

  • Sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE
  • Reka bentuk yang lebih nipis, ringan dan kecil
  • paparan skrin yang lebih baik dengan teknologi Mobile BRAVIA engine 2 dan Triluminos display
  • Sokongan NFC