um

UMobile mula menawarkan plan data untuk Sony Xperia C3 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu untuk pasaran pertengahan. UMobile menawarkan dua plan data iaitu U58 dan U88 dengan perjanjian kontrak selama 24 bulan.

Untuk plan data U58, UMobile menawarkan harga peranti serendah RM566 (Harga asal peruncit RM999) dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM348. Untuk pakej ini pengguna dikenakan bayaran bulanan RM58 yang hadir dengan data internet 2 GB.

Untuk pakej U88 pula hanya perlu membayar RM366 untuk Sony Xperia C3 semasa pendaftaran tanpa bayaran pendahuluan. Untuk cas bulanan pula, pengguna dikenakan bayaran RM88 untuk data internet 3GB.

Bagi yang masih belum mengenali Sony Xperia C3, ia merupakan peranti dengan 5.5 inci 720×1280 pixel yang dilengkapi dengan pemproses Quad Core 1.3 Ghz dan 1 GB RAM. Ia merupakan salah satu peranti yang dilengkapi dengan rangkaian internet 4G LTE untuk pengalaman melayari internet lebih pantas. Untuk spesifikasi penuh Xperia C3 boleh medujuk di Phone Gallery.

Xperia C3 telah mula dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM999. bagi yang ingin menggunakan plan data UMobile boleh melayari laman rasmi UMobile untuk maklumat lanjut.