Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Sempena minggu IFA 2014 yang berlansung di Berlin, Samsung telah memulakan acaranya dengan pelancaran Galaxy Note generasi ke-4 atau lebih mudah lagi desebut Samsung Galaxy Note 4. Phablet untuk pasaran kelas atasan itu membawa pelbagai penambahan yang terdapat pada Galaxy Note sebelum ini antaranya yang dapat dilihat pada reka bentuknya yang lebih premium, kualiti kamera yang lebih baik dan juga keupayaan memproses yang lebih pantas. Bukan itu saja, Samsung turut menambah beberapa sensor dan fungsi baru mengfokuskan penjagaan kesihatan seperti pengesan denyutan nadi dan sebagainya.

Baca Juga:
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 4
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 3

Samsung Galaxy Note 4 didatangi dalam dua versi dengan pemproses yang berbeza mengikut pasaran iaitu Model1 yang hadir dengan cipset Snapdragon 805 dan juga Model2 yang boleh didapati dengan pemproses Exynos. Kedua-duanya boleh didapati dengan sistem memori 3 GB RAM.

Bagi fungsi pengambaran pula, sudah tentu Galaxy Note 4 tidak menghampakan peminatnya dengan menawarkan 16 Megapixel kamera yang hadir dengan penstabilan imej optiik OIS bagi memastikan kualiti gambar yang diambil lebih baik.

Phablet dengan saiz paparan 5.7 inci ini boleh didapati dalam 4 warna pilihan putih, hitam, emas dan merah jambu yang datang bersama 32 GB menori dalaman serta sekongan slot tambahan sehingga 64 GB. Samsung Galaxy Note 4 dijangka mula dipasaran pada bulan oktober ini.