jam

Sony tidak mengakhiri majlis mereka dengan pelancaran keluarga Xperia Z3 sahaja mereka turut memperkenalkan beberapa aksesori tambahan termasuk Sony SmartWatch 3 dan Sony SmartBand Talk, jam pintar dengan platform Android Wear.

Kedua-dua jam pintar ini hadir dengan reka bentuk yang agak ringkas dan lebih lasak dan mendapat pengiktirafan IP68 untuk kalis debu dan air bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak.

Sony Smart Watch 3 hadir dengan paparan LCD sebesar 1.6 inci dengan teknologi transflective dimana membolehkan ia dapat di lihat pada cahaya matahari yang terang. Ia turut dikengkapi dengan pemproses Snapdragon Quad-Core 1.2 Ghz dan 512 MB RAM.

Sony Smartwatch 3 akan mula dijual tidak lama lagi pada harga USD299 untuk SmartWatch 3 dan SmartBand Talk pada harga USD 159.