Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Nampaknya perang antara pengeluar handphone untuk mengeluarkan smartphone selfie semakin rancak. Bermula dengan Sony dengan mengeluarkan Sony Xperia C3 dengan flash dibahagian hadapan seterusnya HTC yang turut mengambil langkah yang sama, namun ia hadir dengan sensor kamera yang lebih besar berbanding Xperia C3.

HTC baru sahaja mengumumkan HTC Desire Eye yang lebih memfokuskan kepada selfie atau penggunaan kamera hadapan. Seperti namanya, HTC Desire Eye memiliki 13 Megapixel kamera yang kelihatan seperti satu mata di hadapan smartphone tersebut. Selain itu, Desire Eye juga memiliki Dual Tone Flash dibahagian hadapan untuk sumber cahaya yang lebih semulajadi.

HTC Desire Eye Spesifikasi Review

Melihat pada spesifikasi HTC Desire Eye, Seolah-olah smartphone ini berada sebaris dengan smartphone High End yang lain seperti HTC One(M8) dan yang lain. Ia bukan saja menawarkan kamera yang bagus di depan dan belakang, malah HTC turut tidak mengabaikan performance dan keupayaan grafik pada smartphone ini dengan menggunakan processor Snapdragon 801 Quad Core 2.3 Ghz dan GPU Adreno 330. Desire Eye juga turut hadir dengan 2 GB RAM.

Smartphone dengan display sebesar 5.2 inci ini turut hadir dengan fungsi kalis air debu yang telah mendapan pengitirafan IPX7 dimana ia mampu berada dibawah permukaan air sedalam 1 meter selama 30 minit. Maknanya, dengan HTC Desire Eye anda bukan saja boleh berselfie di darat malah boleh juga berselfie di dalam air. Menarik bukan?.

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada HTC Desire Eye boleh merujuk di bawah:

General Platform Android 4.4.2 (KitKat)
Processor Quad-core 2.3 GHz Krait 400
Cipset Qualcomm Snapdragon 801
GPU Adreno 330
Date Announced 2014, October
Price HTC Desire Eye Price in Malaysia
Coverage GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE 700 / 900 / 1800 / 2100 / 2600
Version/SIM Nano-SIM
Design Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 151.7 x 73.8 x 8.5 mm
Weight 154 g
QWERTY
Others Dust proof and water resistant up to 1 meter and 30 minutes (IPX7 certified)
Display Technology 16M colors, 424 ppi pixel density
Resolution 1080 x 1920 pixels
Size 5.2 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection
Others
Multimedia 3.5mm Audio Jack Yes
Radio
Music Player Yes
Sound Format MP3 , eAAC+ , WAV , WMA
Video Format MP4, H.264, WMV
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio/video/Document
Others
Memory Built-in Storage 16 GB
Card Slot microSD, up to 128 GB
System Memory 2 GB RAM
Connectivity GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSDPA, HSUPA, LTE
WIFI Yes
NFC Yes
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera Camera 13 Megapixel
Resolution 4208 x 3120 pixels
Flash Dual-LED (dual tone) flash
Focus Autofocus
Features Geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR
Video 1080p@30fps
Front Camera 13 Megapixel, dual-LED (dual tone) flash
Features Battery Li-Ion 2400 mAh
Colors Blue, Red, White
GPS A-GPS, GLONASS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube
Others

Kelebihan dan Kekurangan HTC Desire Eye

Sebagai seorang pengguna smartphone sudah tentu kita inginkan sesuatu yang lebih baik dari lambakan smartphone yang berada di pasaran sekarang. Antara kelebihan dan kemurangan HTC Desire Eye seperti dibawah:

Kelebihan HTC Desire Eye

  • Memiliki sensor kamera yang besar 13 Megapixel di bahagian hadapan yang sesuai untuk selfie yang turut hadir dengan Dual Tone Flash di hadapan.
  • Memiliki Fungsi kalis air dan debu IPX7
  • Sambungan rangkaian 4G LTE untuk internet yang lebih pantas.
  • Display 5.2 inci dengan resolusi Full HD
  • Menggunakan processor dengan prestasi yang sangat baik.

Kekurangan HTC Desire Eye

  • Slot bateri yang tidak boleh ditukar

HTC Desire Eye dijangka mula dipasaran pada November ini. Smartphone ini turut akan hadir untuk pasaran Malaysia. namun, HTC Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Desire Eye di Malaysia. Soal harganya pula, HTC turut belum mengeluarkan senarai harga secara rasmi. Namun kami jangankan akan dijual sekitar RM2000 di Malaysia kelak. Untuk harganya, anda boleh merujuk di senarai harga HTC apabila ia mula berada di pasaran Malaysia kelak.