Kita sudah sinonim dengan Kamera GoPro untuk kamera lasak dengan kualiti gambar yang baik. Kini HTC juga cuba untuk meguasai pasaran tersebut dengan melancarkan HTC Re Camera yang lebih mudah digunakan, lebih murah dengan kualiti gambar yang terbaik. Menarik tentang peranti ini ialah bentuknya seperti tube bagi memudahkan dipegang dan mengambil gambar dengan hanya menekan butang diatasnya.

HTC Re Camera hadir dengan 16 Megapixel f/2.8 yang menggunakan sensor dari Sony. HTC Re juga merekod video Full HD 1080p pada 30fps dan juga slow motion video 720p pada 120fps. HTC Re menawarkan kapasiti bateri yang agak rendah. Namun menurut HTC ia mampu mengambil gambar 1400 keping gambar dan rakaman video selama 1 jam 40 minit hanya dengan sekali cas. Ini mungkin kerana ia tidak memiliki paparan display yang mampu menjimatkan lebih bateri.

Menariknya, HTC Re hadir dengan fungsi kalis air IPX7 dimana anda boleh nembuat photografi di dalam air selama 30 minit sedalam 1 meter. Untuk sambungan pula, HTC re menawarkan miniUSB utuk pengecasan dan sambungan ke PC. ia juga hadir dengan slot memori 8GB microSD dan sudah tentu ia menyokong kedua-dua platform Android dan iOS yang boleh disambung menggunakan bluetooth dan WIFI.

Soal harganya pula, HTC Re bakal dipasaran pada harga USD199 bersamaan RM650 yang boleh didapati tiga warna pilihan merah putih dan biru.

Sumber: HTC | Credit Video: HTC