Android KitKat

Asus telahpon menegeluarkan update terbaru Android 4.4.2 untuk Smartphone dari keluarga Zenfone mereka iaitu Asus Zenfone 4, Asus Zenfone 5 dan Asus Zenfone 6. Pada masa yang sama, terdapat rumor yang mengatakan bahawa smartphone Zenfone turut akan menerima update Android L.

Kami banyak menerima email dan mesej bahawa smartphone mereka masih lagi belum menerima Android 4.4 Kitkat. Sebenarnya kelebihan bagi smartphone keluaran Asus ini ialah anda boleh update smartphone anda secara manual. Cara ini mungkin bukan sahaja boleh digunakan untuk smartphone zenfone sahaja namun ia boleh digunapakai hampir semua peranti Asus, tidak perlu root, unlock atau apa-apa perisian atau step yang rumit. Jadi bagaimana caranya?.

Cara-cara update Android secara Manual untuk smartphone Zenfone.

Pertama, anda hanya perlukan sebuah PC atau laptop dengan sambungan internet dan juga Kabel USB yang boleh disambung pada smartphone dan juga PC.

Kedua, Menggunakan PC anda layari laman web www.asus.com/my dan cari model smartphone anda disana. Pastikan anda jumpa model yang tepat. Kemudian klik tab bahagian Support > Drivers & Tools dan pilih Android pada bahagian OS. Seterusnya Dawnload file update yang tepat dengan model zenfone anda.

Ketiga, pastikan anda mengatahui versi peranti anda. Untuk Zenfon, terdapat tiga versi utama iaitu WW untuk versi international, CHT untuk versi China da TW untuk versi Taiwan. Untuk melihat versi Zenfone ada boleh melihat di Setting > About > Software Information > Build Number. kemudian download file update untuk model yang betul seperti langkah yang kedua. Untuk info lebih boleh rujuk sini.

Keempat, setelah proses download telah selesai sambungkan smartphone anda pada PC menggunakan kabel USB dan Copy file update ke Phone Memori (bukan Memori Kad) smartphone anda. Pastikan anda telah mengekstrak file update sebelum Copy.

Kelima, restart Zenfone anda apabila sudah direstart anda akan dapati terdapat notifikasi file update di cellphone anda. klik dan ikut proses update sehingga selesai. Apabila telah selesai anda telah sedia menggunakan update Android terbaru.


Sumber Update File: Asus Zenfone 4, Asus Zenfone 5, Asus Zenfone 6.
Credit Image : Android.com
Penafian: Kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah yang dihadapi semasa proses update dijalankan.