Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Digi antara syarikat komunikasi yang terawal menawarkan plan data internet untuk Huawei Honor 6 yang baru sahaja diumumkan beberapa hari yang lalu oleh Huawei Malaysia. Untuk harga pasaran, Huawei dijual pada harga RM999.

Tawaran dari Digi pula, harga bagi sebuah Honor 6 ialah serendah RM159 sehingga RM599 bergantung pada plan yang dipilih. Digi menawarkan tiga jenis plan iaitu DG Smart Plan 78 (3 Gb internet data), DG Smart Plan 108 (5Gb internet data) dan DG Smart Plan 148 (6 GB internet data). Ketiga tiga plan tersebut hadir dengan kontrak 24 bulan. Antara butir-butir plan data internet yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Plan DG SmartPlan 78 DG SmartPlan 108 DG SmartPlan 148
Device Price RM599 RM359 RM159
Advance Payment RM360 RM600 RM800
Internet Data 3 GB 5GB 6GB
Monthly fee RM78 RM108 RM148
SMS Rates 10sen / SMS 10sen / SMS 10sen / SMS
Call Rates 15sen / min 15sen / min 10sen / min
Contract 24 Month 24 Month 24 Month

Digi turut memberi tawaran kepada sesiapa yang membuat pesanan awal plan Huawei Honor dengan memberi Power Bank secara percuma bermula 8 October 2014. Untuk spesifikasi penuh Huawei Honor 6 boleh merujuk di sini.

Sumber: Digi