um

Berita baik untuk pengguna UMobile apabila mereka telah menawarkan akses percuma ke Youtube dan Tonton.com.my tanpa had bermula jam 2 pagi sehingga 10 pagi. Tawaran ini hanya sah untuk pakej prepaid, pospaid dan broadband terpilih sahaja.

Antara pakej prepaid, pospaid dan broadband yang ditawarkan adalah seperti berikut.

  • Plan Prepaid : UMI18, UMI28, UMI38, UMI48
  • Pospaid Plan :  U Plus Plan, U Premium, U Platinum, UD68, UD98, UD158, U28, U50, U80, U88, U50, E28, E58, E88, ISP68
  • BroadBand :  MBDay, MB15, MB40, MB68, MB88, MB128

Untuk pengguna UMobile, ini merupakan satu tawaran yang menarik. Seperti mana yang kita tahu, streaming video dari Youtube dan Tonton akan mengurangkan kapasiti data internet dengan lebih cepat. Dengan adanya tawaran ini dapat sedikit sebanyak membantu terutamanya yang memiliki plan dengan kapasiti data internet yang rendah.

Namun tawaran ini hanya sah sehingga penghujung tahun ini sahaja. Selepas itu anda akan dikenakan RM3/Bulan untuk servis yang sama. Layari UMobile untuk mengathu maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.

Sumber : UMobile | Credit Picture : UMobile