Blackberry Classic

BlackBerry Classic mula diumumkan pada Jun 2014 yang lalu, Namun untuk pasaran Malaysia ia dijangkakan mula dipasarkan pada awal tahun hadapan.

Kebanyakan peranti-peranti dari Blackberry Mendapat tempat terutamanya pada Syarikat Telekomunikasi bagi memberi tawaran pakej yang lebih murah untuk pengguna. Untuk itu, Celcom antara yang terawal memulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut.

Sesuai dengan namanya, Blackberry Classic memiliki reka bentuk klasik tidak ubah seperti peranti-peranti mereka terdahulu yang hadir dengn papan kekunci QWERTY serta trackpad. Namun, BlackBerry tidak mengabaikan ciri-ciri moden yang terdapat padanya seperti skrin sentuh, Sambungan LTE, kamera yang baik dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, BlackBerry Classic akan dijangka mula dijual pada harga RM1588. Untuk spesifikasi penuh BlackBerry Classic boleh merujuk di sini. Bagi yang berminat boleh mendaftar minat di laman rasmi Celcom.