HTC One M9

Bulan March yang lalu HTC One M8 diumumkan dan merupakan peranti yang terbaik sebaris dengan peranti-peranti perdana yang lain dengan kelasnya tersendiri. Ia hadir Stereo Speaker di bahagian hadapan, paparan skrin yang memukau serta reka bentuk Premium yang doperbuat daripada besi.

Dan untuk tahun 2015, HTC bakal memperkanalkan peranti perdana mereka dengan reka bentuk yang lebih baru yang dipadankan dengan komponen yang terbaik. Terbaru, sebuah peranti HTC dilihat muncuk di AnTuTu Benchmark dengan nama kod HTC6535LVW(Hima). Adakah ia merupakan HTC One M9 seperti yang dikatakan?. Kita tunggu dan lihat di CES 2015 tidak lama lagi.

HTC One M9

HTC Hima yang dikesan di Antutu Benchmark

Bedasrkan benchmark dari AnTuTu, peranti dengan nama Hima itu hadir dengn Pemproses Snapdragon 810 yang hadir dengan 3 Gb RAM. Soal skrinnya pula dilenglapi dengan 5.0 inci dengsn resolusi 1920×1080 Full HD. Ia turut dilengkapi dengan platform Android terbaru, Android 5.0 Lollipop.

Bagi kameranya pula, nampaknya HTC tidak lagi menggunakan kamera resolusi rendah 4 Ultrapixel seperti yang terdapat pada peranti HTC one M8. HTC One M9 dijangka menggunakan 20.7 Megapixel kamera utama serta 13 Megapixel di bahagian hadapan.