14 Smartphone Dengan OIS Pada Kamera

Penggunaan OIS atau Optical Image Stabilization pada smartphone semakin mendapat tempat terutamanya pada peranti-peranti perdana. Ia merupakan satu mekanisma yang digunakan pada kamera untuk menstabilkan rakaman gambar atau video bagi menghasilkan gambar dan video yang lebih baik tanpa kabur atau kesan gegaran.

Berbeza dengan Digital Image Stabilization, OIS lebih kepada mekanisma yang terdapat pada kanta dengan megerakannya kepada elemen terakhir di laluan optik manakala Digital Image Stabilization pula lebih kepada penambahbaikan melalui pengubahsuai software pada gambar atau video. Digital Image Stabilization digunakan pada kebanyakan smartphone yang terdapat di pasaran sekarang namun OIS belum meluas digunakan dan hanya beberapa peranti perdana yang mengunakan.

Jadi, peranti apakah yng menggunakan teknologi ini?. Peranti dari Lumia banyak digunakan terutamanya yang hadir dengan kamera Pureview antaranya seperti Nokia Lumia 930, Nokia Lumia 1520, Nokia Lumia 1020, Nokia Lumia 830 dan sebagainya. Apple juga tidak ketinggalan menggunakan OIS pada Apple iPhone 6 Plus dan begitu juga dengan peranti-peranti lain seperti LG G3, Samsung Galaxy Note 4, Samsung Galaxy K Zoom, Google Nexus 6, BlackBerry Passport, ZTE Nubia X6, ZTE Nubia Z7, Lenovo Vibe Z2 Pro dan Vivo Xshot. Ini adalah sebahagian peranti dengan OIS pada kameranya yang diumumkan pada tahun ini. Jadi manakah peranti pilihan anda?. Klik pada nama peranti untuk spesifikasi penuh.

Tags