Samsung Galaxy Alpha merupakan smartphone Premium dari Samsung dengan reka bntuk yang hadir dengan kerangka besi. Ia baru sahaja diumumkan dan mula dijual untuk pasaran Malaysia pada harga sekitar RM1599.
Ia nampak lebih Premium, ekslusive dengan gaya yang tersendiri. Namun, Samsung nampaknya terpaksa menamatkan pengeluaran peranti tersebut yang dijangka berakhir awal Febuari tahun hadapan. Alsannya mereka akan lebih mengfokuskan peranti yang lebih murah seperti peranti dari keluarga Galaxy A seperti Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5 yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada awal Januari 2015.
Samsung Galaxy Alpha merupakan smartphone yang dilengkapi dengan Cipset Exynos 5 Octa, 2 GB RAM dan 32 GB memori dalaman tanpa sokongan memori tambahan. Ia dilengkapi dengan 4.7 inci paparan HD720 yang hadir dengan kamera 12 Megapixel dan merupakan peranti pertma dari Samsung yang dilengkapi dengan kerangka besi kesuluruhanya.Nampaknya pada tahun hadapan tiada lagi Samsung Galaxy Alpha mahupon peranti premium dengan kerangka besi keluaran Samsung.
Sumber : Phandroid