Snail Games OBox

Snail Games yang merupakan jenama permainan dari China mendedahkan konsol permainan berasaskan Android 4.4 Kitkat yang dijana oleh Pemproses Nvidia Tegra K1, iaitu pemproses yang sama digunakan pada Nvidia Sheild Tablet.

OBox memiliki reka bentuk menyerupai XBOX dari Microsoft. Ia dijana dengan Nvidia Tegra K1 yang hadir dengan 4GB RAM. Ia turut menyediakan ruangan hard disk untuk kapasiti yang lebih besar bagi digunakan untuk ruangan permainan, music, movie dan lain-lain.

Snail Games OBox

Snail Games OBox

OBox merupakan salah satu pilihan terbaik untuk peminat permainan konsol memandangkan permainan dari Android lebih mudah didapati dengan harga yang lebih murah.

Terdapat dua pilihan versi untuk OBox. Pertama, ia dijana dengan pemproses Tegra K1 Quad Core 2.2 Ghz dan versi kedua dijana dengan pemproses Quad Core 2.0. Kedua-duanya hadir cip 32-bit yang hadir dengan NVidia Kepler Graphics dengan 192 GPU Cores.

Antara ciri-ciri lain yang tetdapat pada OBox seperti Wifi, Bluetooth. Port untuk USB 3.0, HDMI dan sebaginya. Soal harganya, Snail Games masih lagi belum mendedahkannya.

Sumber : CNX Software