miband

Xiaomi telah mengumumkan Mi Band beberapa bulan yang lalu namun masih lagi belum memasuki pasaran Malaysia. Kini Mi Band sudah boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM59 bermula 16 Disember ini. Sebagai permulaan, Mi Band hanya ditawarkan secara pakej bersama Xiaomi Redmi Note 4G beharga RM589.

Baca Juga:
Xiaomi bakal melancarkan Fitness Band pada 18 Ogos ini
Fitness Gadget Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Mi Band boleh dikatakan antara fitness band yang termurah pernah ditawarkan. Namun ia memiliki ciri-ciri menarik dan spesifikasi setaraf dengan fitness band yang lain.

Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Mi Band seperti berikut:

  • Memantau tahap kesihatan dan kecergasan harian anda.
  • Membuka smartphone tanpa pelu memasukan password.
  • Memantau tidur yang lebih baik. Juga digunakan sebagai pengera.
  • Pengera panggilan masuk.
  • Kalis air dan debu (IP67).

Xiaomi Mi Band sesuai digunakan untuk MI-3, Redmi Note 4G dan kesemua peranti Android 4.4 dan keatas namun fungsi membuka kunci smartphone hanya serasi untuk peranti Android yang menjalankan antaramuka MIVI sahaja.

Sumber : Xiaomi Malaysia

Tags