Permulaan CES 2015 yang berlansung di Las Vegas dimulakan dengan memperkenalkan smartphone keluaran Archos iaitu Archos 50 Diamond. Ia merupakan sebuah peranti nipis dan ringan dengan keupayaan sambungan internet 4G LTE.
Archos Diaomond menawarkan ciri-ciri menarik dibawah harga RM1000. Ia memiliki paparan skrin sebesar 5.0 inci Full HD yang dikuasai dengan pemproses 64 Bit Qualcomm Snapdragon 615. Peranti dengan sikongan 2GB RAM ini turut hadir dengan sokongan dual SIM.
Spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Archos 5.0 Diamond
- Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
- Paparan Skrin IPS 5.0 Inci Full HD
- Pemproses Snapdragon Octa-Core
- Kamera 16 Megapixel serta 8 Megapixel kamera hadapan
- Sokongan Dual SIM
- Dijalankan pada platform Android 4.4.4 Kitkat
- Kapasiti Bateri 2700mAh
Pada majlis yang sama, Archos turut mengumumkan tiga model tablet yang hadir dengan variasai saiz paparan iaitu Helium 4G 7.0, Helium 4G 8.0 dan Helium 10.1. Selain saiz paparan yang berbeza, ketiga-tiga tablet ini memiliki spesifikasi yang hampir sama iaitu sambungan internet 4G LTE, Pemproses Quad Core 1.5 daripada MediaTek, Memori dalaman 8GB, sambungan memori tambahan sehingga 128 GB serta dijalankan pada platform Android 4.4.4 Kitkat.
Spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Archos Helium 4G 7, Helium 4G 8, dan Helium 10.1.
- Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
- Paparan Skrin IPS Full HD
- Pemproses MediaTek Quad-Core 1.5 Ghz
- Dijalankan pada platform Android 4.4.4 Kitkat