digi iPhone 5c

Jika anda ingin membeli Apple iPhone 5C, anda perlu melihat tawaran dari Digi ini. Mereka mula menawarkan iPhone 5C dengan memori dalaman 32 Gb yang berharga RM1499 tanpa kontrak. Maksudnya anda boleh membelinya tanpa perlu melanggan mana-mana pakej data mereka. Menarik Bukan?.

Sejak pelancaran iPhone 5C ia mula dijual pada harga RM2399 dan apabila kemunculan iPhone 6 Apple, harganya mula menurunkan kepada RM1738 untuk model 32 GB.

Digi bukan sahaja menawarkan harga yang lebih murah dari harga pasaran, malah mereka turut menawarkan percuma data internet 250Mb/Bulan secara percuma. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman rasmi Digi dan lihat juga Spesifikasi penuh Apple iPhone 5c.