Pembangun permainan Mortal Kombat telah melancarkan permainan aksi WWE Immortals yang sedia dimuat turun untuk pengguna Android dan iOS.

Permainan WWE Immortals dipadankan dengan watak-watak superstar dari WWE seperti The Rock, Big Show, John Cenna dan ramai lagi menjadikan aksi rialiti kepada fiksyen dengan aksi dan watak yang lebih menarik. Kesemua mereka tampil seolah-olah superhero atau pahlawan.

WWE Immortals boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan Apps Store. Bagi peminat WWE pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba permainan ini.

Download: WWE Immortals untuk Android secara percuma
Download: WWE Immortals untuk iOS secara percuma