Polaroid Selfie

Pada acara CES 2015 yang lepas, Polaroid telah melancarkan sebuah peranti Selfie dengan kamera putar yang diberi nama Polaroid Selfie. Reka bentuknya mengigatkan sebuah smartphone yang banyak dipromosikan di kaca TV Malaysia iaitu Oppo N1.

Polaroid menawarkan spesifikasi yang agak rendah berbanding Oppo N1. Ia memiliki layar sentuh sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD720p. Ia turut dipadukan dengan Pemproses Octa-Core yang dipadankan bersama 2 GB RAM serta memori dalaman sebesar 16 GB. Untuk fungsi pengambaran pula, ia nampak seakan-akan seperti kamera putar milik Oppo dengan 13 Megapixel. Peranti ini dijalankan pada platform Android terbaru Android 5.0 Lollipop.

Namun, kemunculan peranti ini secara tidak lansung mengundang kemarahan daripada pihak Oppo oleh kerana reka bentuknya menyerupai peranti miliknya. Oppo memeberitahu, mereke telah mematenkan reka kamera putar dan tiada lesen diberikan pada pihak ketiga bagi menggunakannya. Berikutan daripada itu, Oppo akan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya bagi menjaga hak mereka.