mizue

Di Malaysia, Penggunaan telefon pintar dari Meizu masih lagi baru dan belum lagi meluas. Jenama ini mula meningkat naik di sini apabila membawa masuk peranti perdana meraka Meizu MX4 tahun lepas oleh Blue Kor Sdn Bhd yang menjadi pengedar sah peranti dari China ini.

Dengan harga sekitar RM1099. Meizu MX4 menawarkan sesuatu yang tidak mampu ditawarkan peranti lain. Ia dilengkapi kamera dengan Sony Sensor 20.7 Megapixel kamera, 5.36 inci paparan skrin, pelindung skrin Corning Gorilla Glass 3 dan Pemproses Octa-core dan sudah tentu ia akan menjadi peranti pilihan bagi pengguna.

Reka Bentuk Meizu MX4

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Sebenarnya, Meizu MX4 hadir dengan dua model iaitu MX4 dan MX4 Pro dimana perbezaannya pada cip pemproses, saiz paparan dan edisi Pro memiliki pengesan cap jari terbina. Namun edisi pro masih lagi belum menasuki pasaran Malaysia. Hanya MX4 yang telah di pasaran dengan harga RM1099.

Dari segi reka bentuk, peranti ini menawarkan reka bentuk premium dengan saiz bazel yang sangat nipis. Ia hadir dengan tiga pilihan warna emas, perak dan putih. Peranti dengan saiz paparan sebesar 5.36 inci ini dilengkapi dengan resoluai 1152 x 1920 pixels.

Walaupon ia memiliki saiz paparan yang agak besar, MX4 memiliki ketebalan 8.9 inci dengan berat hanya 147 g dan begitu selesa di atas tangan anda.

Spesifikasi Meizu MX4

Jika dilihat pada harganya, Meizu MX4 menawarkan sesuatu yang lebih dari sepatutnya. Ia dipadukan dengan Cip Octa-Core MediaTek MT6595 dengan dua penproses Quad-core 2.2 GHz Cortex-A17 dan Quad-core 1.7 GHz Cortex-A7 yang hadir dengan 2 GB RAM.

Kamera menjadi keutamaan pada peranti ini. Ia menggunakan 20.7 Sony Premium IMX220 Exmor RS sensor yang memberikan ciri-ciri seperti DSLR termasuk 0.3 saat kelajuan fokus, mengambil gambar dengan 25 gambar sesaat. Rakaman video HD 4K dan ISO yang tinggi untuk pencahayaan yang kebih baik. Di hadapannya pula, ia dilengkapi denga 2 Megapixel kamera.

Selain itu, Meizu MX4 memiliki rangkaian Dual 4G LTE termasuk rangkaian terbaru TD-LTE dan FDD-LTE dimana membolehkan mencapai kelajuan muat turun sehingga 150Mbps.

Antara ciri-ciri dan fungsi lain yang terdapat pada Meizu MX4

General Platform Android 4.4.4 (KitKat)
Processor Quad-core 2.2 GHz Cortex-A17 & quad-core 1.7 GHz Cortex-A7
Cipset MediaTek MT6595
GPU PowerVR G6200 MP4
Date Announced 2014, September
Price Meizu MX4 Price in Malaysia
Coverage GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE 1800 / 2100 / 2600
Version/SIM Micro-SIM
Design Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 144 x 75.2 x 8.9 mm
Weight 147 g
QWERTY
Others
Display Technology IPS LCD, 16M colors, 418 ppi pixel density
Resolution 1152 x 1920 pixels
Size 5.36 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 3
Others
Multimedia 3.5mm Audio Jack Yes
Radio
Music Player Yes
Sound Format MP3/WMA/WAV/eAAC+/FlAC
Video Format DivX/XviD/MP4/WMV/H.263/H.264
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio/video/Document
Others
Memory Built-in Storage 16/32/64 GB
Card Slot
System Memory 2 GB RAM
Connectivity GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSPA, LTE
WIFI Yes
NFC
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera Camera 20.7 Megapixel
Resolution 5248 х 3936
Flash dual-LED (dual tone) flash
Focus Autofocus, touch focus
Features 1/2.3” sensor size, geo-tagging, face detection, HDR, panorama
Video [email protected], [email protected]
Front Camera 2 Megapixel
Features Battery 3100 mAh
Colors Gray, Gold, White
GPS A-GPS, GLONASS, Beidou, QZSS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk
Others

Kelebihan dan Kelurangan Meizu MX4

Meizu MX4 sudah pon menawarkan satu pakej yang mantap dengam harga yang mampu milik. Namum disebalik kelebihan yang banyak ditawarkan sudah tentu masih terdapat beberapa faktor yang perlu ditingkatkan. Di bawah ini kami senaraikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada peranti ini.

Kelebihan :

  • Dilengkapi dengan cip Pemproses Octa-Core
  • Sambungan Internet 4G LTE
  • Pelindung skiri Corning Gorilla Glass 3
  • Kamera 20 Megapixel dengan rakaman 4K
  • Telefon pintar dengan harga yang mampu milik

Kelemahan :

  • Tiada fungsi NFC
  • Tiada Radio
  • Kamera hadapan hanya 2 Megapixel.