Internet Explorer

Internet Explorer (IE) merupakan palayar web milik Microsoft yang tersedia di pasang pada Platform Windows. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1995 sejak kemunculan Windows 95 lagi. Namum perkataan Internet Explorer lebih sinonim dengan masalah keselamatan dan penggunaan teknologi yang agak ketinggalan zaman.

Walaupon beberapa tahun kebelakangan ini Internet Explorer banyak ditambah baik, namun kewujudan pelayar web luar seperti Google Chrome dan Firefox yang semakin mendapat tempat di hati penggguna membantutkan lagi penggunaan pelayar dari Microsoft itu. Mengikut statistik dari StatCounter, penggunaan IE hanya 20% dari kesuluruhannya dan Google Chrome menguasai lebih 48% seterusnya menjadikannya pelayar web paling popular.

Dan untuk itu, Microsoft telah menjanjikan sesuatu yang baru bagi menggantikan Internet Explorer yang dijangka akan tersedia untuk Windows 10 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Microsoft, mereka sedang membangunkan pelayar web dengan kod nama “Spartan” dengan fungsi yang hampir sama dengan Chrome dan Firefox.