Secara normal, papan kekunci QWERTY digunakan pada setiap smartphone. Ia memerlukan penglihatan dari anda untuk setiap huruf yang ingin ditaip. Dengan menukar kedudukan huruf dan susunan papan kekunci, NovaKey membuat sesuatu yang unik dengan cara anda menekan setiap huruf.

Papan kekunci dari Novakey berbentuk bulatan dengan susunan huruf yang unik. Anda boleh lakukan gerakan layar daripada pusat papan kekunci tersebut. Setiap huruf memiliki gerakan layar yang berbeza.

Mungkin agak sukar bagi yang pertama kali mencuba aplikasi dari Novakey ini. Apabila di praktis nescaya ia memberi pengalaman baru menaip mesej dengan gaya tersendiri dan pantas.

Buat masa ini, NovaKey boleh didapati di Google Play Store. Ia boleh di download secara percuma untuk semua peranti Android 3.0 dan keatas.