Photografi Time Lapse bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk melakukannya memerlukan lebih kerja keras dan juga masa. Jika anda menggunakan kamera DSLR yang biasa sudah tentu ia memerlukan sokongan tripod dengam hasil kerja yang lama. Tidak selesai disitu, menghasilkan photografi time lapse memerlukan suntingan akhir menggunakan software komputer bagi mendapatkn hasil yang lebih baik.

Bagaimana pula dengan pengguna smartphone?. Pengambaran menggunakan smartphone lebih mudah dilakukan oleh kerana ia lebih mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja dengan kualiti gambar yang agak baik terutamanya peranti-peranti flagship.

Terdapat pelbagai Aplikasi yang boleh digunakan untuk pengambaran time lapse. Instagram ada menawarkan, namun ia terhad untuk pengguna iOS sahaha. Untuk pengguna Android pula dua aplikasi yang mungkin sesuai untuk anda.

1. Framelapse

Framelapse merupakan salah satu aplikasi percuma yang boleh didapati di Google Play. Ia menawarkan antaramuka yang mudah digunakan dan berfungsi dengan baik. Untuk membuat pengambaran Time lapse pengguna boleh nenetapkan video frame rate yang tersedia.

Framelapse juga menawarkan versi professional yang dijual pada harga USD3.00 yang disertakan pelbagai ciri-ciri tambahan.

Download : Framelapse

2. Hyper Timelapse

Hyper Timelapse merupakan aplikasi alternative kepada Framelapse dan Hyperlase dari instagram. Ia juga merupakan aplikasi percuma yang bileh dinuat turun di Google Play.

DownloadHyper Timelapse