asuszen

Peranti dari keluarga Zenfone dari Asus ini agak popular di kalangan pengguna smartphone Malaysia. Ia mula diumunkan pada awal tahun lepas dengan melancarkan tiga pilihan saiz paparan 4, 5 dan 6 inci dengan pilihan pemproses dan memori dalaman. Oleh sebab itu, ia lebih menberi ruang pada pengguna untuk memilih spesifikasi tersendiri dengan bajet yang mereka miliki. 

Asus Zenfone 2 hadir dengan design yang lebih menarik spesifikasi yang lebih mantap pada harga mampu milik.

Minggu lepas, Asus mengumumkan dua lagi peranti untuk keluarga zenfone iaitu Asus Zenfone 2 yang menggantikan peranti Zenfone sedia ada serta sebuah peranti model baru yang lebih mengfokuskan pada fungsi pengambaran iaitu Zenfone Zoom. Dan untuk kali ini, variasi pilihan saiz paparan mungkin tidak lagi ditawarkan memandangkan Asus hanya melancarkan satu model dengan saiz layar 5.5 inci.
Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Asus Zenfone 2

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Asus Zenfone 5

Zenfone 2 membawakan banyak perubahan dari segi reka bntuk yang lebih eksklusif, spesifikasi yang lebih baik serta fungsi pengambaran yang lebih mantap yang hadir dengan sokongan dual-LED Flash. Dan untuk itu kami membuat sedikit perbandingan antara Asus Zenfine 2 dan Asus Zenfone 5 dari segi spesifikasi dan penambahbaikan yang dilakukan dan kelebihannya. Jadi, mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua peranti ini.

Perbandingan Antara Asus Zenfone 2 Dan Asus Zenfone 5

General
Platform Android 5.0 (Lollipop) Android 4.4 (Kitkat)
Processor Quad-core 2.3 GHz Dual-core 2 GHz
Cipset Intel Atom Z3580 Intel Atom Z2520
GPU PowerVR G6430 PowerVR SGX544MP2
Date Announced 2015, January 2014, January
Price USD199 (≈RM700) RM599
Coverage
GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE, TD-LTE
Version/SIM Dual SIM Version Dual SIM Version
Design
Type Smartphone Smartphone
Design Candybar Candybar
Dimensions 158.9 x 78.8 x 12 mm 148.2 x 72.8 x 5.5 mm
Weight 185 g 145 g
Display
Technology IPS LCD, 16M colors, 403 PPI IPS LCD, 16M colors, 294 PPI
Resolution 1080 x 1920 pixels 720 x 1280 pixels
Size 5.5 inches 5.0 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 3 Corning Gorilla Glass 3
Multimedia
Radio Yes
Music Player Yes Yes
Streaming Yes Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 16/32/64 GB 8/16 GB
Card Slot microSD, up to 64 GB microSD, up to 64 GB
System Memory 2/4 GB RAM 1/2 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes Yes
EDGE Yes Yes
Data Speed HSPA, LTE HSDPA, HSUPA
WIFI Yes Yes
NFC Yes
USB Yes Yes
Bluetooth Yes Yes
Infrared
TV-Out
Camera
Camera 13 Megapixel 8 Megapixel
Resolution 4128 x 3096 pixels 3264 x 2448 pixels
Flash dual-LED (dual tone) flash LED flash
Focus Autofocus, touch focus Autofocus, touch focus
Features Geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR Geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR
Video 1080p@30fps 1080p@30fps
Front Camera 5 Megapixel 2 Megapixel
Features
Battery Li-Po 3000 mAh Li-Po 2110 mAh
Colors Meteorite black, Glacier white Charcoal Black, Pearl White, Cherry Red, Champagne Gold, Twilight Purple
GPS A-GPS, GLONASS A-GPS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass Accelerometer, proximity, compass

Asus Zenfone 2 hadir dengan beberapa penambahbaikan pada peranti terdahulu. Ia dipadankan dengan pemproses Intel Atom Quad-Core 2.3 Ghz yang turut dipadukan dengan 4 GB RAM. Ya, smartphone pertama yang menggunakan kapasiti RAM yang besar bagi memastikan fungsi multitasking dapat dijalankn dengan lancar. Zenfone 2 juga hadir dengan saiz paparan 5.5 inci dengan resolusi HD1080P. Dan untuk kali ini, Asus telah menipiskan saiz bazel bagi optimumkan ruang disamping menggunakan saiz paparan yang besar. Soal kameranya pula, Asus masih lagi menggunakan kamera PixelMaster yang agak baik digunakan pada waktu kekurangan cahaya. Ia dilengkapi dengan 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera belakang serta sokongan dual-LED flash untuk pengambaran yang lebih realistik. Secara ringkasnya, kami senaraikan penambahbaikan dan kelebihan yang terdapat pada Asus Zenfone 2 berbanding Asus Zenfone 5 di bawah.

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.5 Inci Full HD dengan resolusi 1920 x 1080 pixels
  • Pemproses 64-bit Intel Atom Z3580
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 3000 mAh
  • Dua pilihan memori terbina 16GB/32GB/64RAM dan 2GB RAM/4GB RAM
  • Reka bentuk yang lebih cantik dan Eksklusif

Asus Zenfone 2 dijual pada harga USD199 sekitar RM700 untuk pasaran Malaysia kelak. Dengan harga yang sedemikian, kami percaya Asus Zenfone 2 mampu mengekalkan populariti Zenfone terutamanya untuk pengguna Malaysia apabila dipasaran kelak.