oppon1

Di Malaysia, Oppo bukanlah satu jenama yang baru. Ia mula terkenal dengan kemunculan Oppo N1 yang hadir dengan kamera putar. Kini, Oppo Malaysia memperluaskan lagi jenamanya dengan iklan-iklan yang banyak hadir di kaca tv, website mahupon di surat khabar.

Sehingga hari ini, Oppo telah mengeluarkan tiga model smartphone dengan kamera putar iaitu Oppo N1, Oppo N1 Mini dan terbaru Oppo N3. Sebelum ini, pihak Polaroid bakal dikenakan tindakan undang-undang oleh kerana mengeluarkan smartphone yang menyerupai Oppo N1 pada acara MWC 2015 yang lalu. 

Jadi, apakah perbezaan dan penambahbaikan yang Oppo lakukan pada peranti perdana mereka ini. Mari kita lihat perbandingan kedua-dua peranti tersebut.

Perbandingan Antara Oppo N1 dan Oppo N3

General
Model Oppo N1 Oppo N3
Processor Quad-core 1.7 GHz Krait 300 Quad-core 2.3 GHz Krait 400
Cipset Qualcomm Snapdragon 600 Intel Atom Z2520
Platform Android 4.2 (Jelly Bean) Android 4.4.4 (KitKat)
Date Announced 2013, September 2014, October
Price RM2099, Check Latest Price RM1799, Check Latest Price
Coverage
GSM Network Yes Yes
UMTS Network Yes Yes
LTE Network Yes
Version/SIM Single SIM Version Dual SIM Version
Design
Type Smartphone Smartphone
Design Candybar Candybar
Dimensions 170.7 x 82.6 x 9 mm 161.2 x 77 x 9.9 mm
Weight 213 g 192 g
Display
Technology IPS LCD, 16M colors, 373 PPI IPS LCD, 16M colors, 403 PPI
Resolution 1080 x 1920 pixels 1080 x 1920 pixels
Size 5.9 inches 5.5 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 3
Multimedia
Radio
Music Player Yes Yes
Streaming Yes Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 16/32 GB 16 GB
Card Slot microSD, up to 128 GB
System Memory 2 GB RAM 2 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes Yes
EDGE Yes Yes
Data Speed HSPA HSPA, LTE
WIFI Yes Yes
NFC Yes Yes
USB Yes Yes
Bluetooth Yes Yes
Infrared
TV-Out
Camera
Camera 13 Megapixel 16 Megapixel
Resolution 4128 x 3096 pixels 3456 x 4608 pixels
Flash dual-LED flash dual-LED flash
Focus Autofocus, touch focus Autofocus, touch focus
Features Rotating lens, geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR Motorized Rotating lens, geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR
Video [email protected] [email protected], [email protected]
Front Camera 13 Megapixel 16 Megapixel
Features
Battery Li-Ion 3610 mAh Li-Po 3000 mAh
Colors White, dark blue White
GPS A-GPS, GLONASS A-GPS, GLONASS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass Accelerometer, gyro, proximity, compass

Dalam perbandingan tersebut, Oppo N3 membawakam beberapa penambahbaikan dari segi keupayaannya, kamera dan beberapa fungsi yang terdapat padanya. Untuk sistem keupayaannya, Oppo membawakan pemproses Qualcomm MSM8974AA Snapdragon 801 Quad-core 2.3 GHz Krait 400 pada N3 berbanding Qualcomm Snapdragon 600 pada N1. Kedua-duanya hadir dengan 2 Gb RAM.

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Reka Bentuk Oppo N3

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Reka Bentuk Oppo N1

Selain itu, Oppo nampaknya mengurangkan saiz paparan kepada 5.5 inci supaya ia lebih kecil dan mudah dipegang dengan resolusi 1080p pada kedua-dua peranti. Untik fungsi photografi, Oppo N3 hadir dengan 16 Megapixel kamera putar bermotor. Maksudnya anda boleh kawal pusingan kamera denga sentuhan jari pada skrin berbanding Oppo N1 yang berpusing secara manual. Untuk pengalaman bergambar yang lebih baik, Oppo N3 menyediakan butang kawalan jauh bagi memudahkan gambar selfie diambil.

Kelebihan Oppo N3 berbanding Oppo N1

  • Oppo N3 dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Lebih ringan berbanding Oppo N1
  • Hadir dengan fungsi Dual SIM
  • Dilengkapi dengan pengesan cap jari
  • Hadir Dengn pelindung skrin Corning Gorilla Glass 3
  • Pemproses yang lebih berkuasa dengan cipset Qualcomm Snapdragon 801
  • Hadir dengan Slot Memori tambahan sehingga 128 Gb
  • Kamera 16 Megapixel dengan lensa boleh putar