Jika kita berbicara soal kamera lasak sudah tentu kamera dari Go Pro lebih sinonim dengan nama tersebut. Go Pro antara kamera lasak terbaik buat masa ini, namun tidak semua mampu memilikinya oleh kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit. Kategori yang sama, HTC turut cuba memasuki pasaran tersebut dengan melancarkan Camera Re beberapa bulan yang lalu. Re merupakan sebuah kamera berbentuk tiub dengan kamera 16 Megapixel.

Polaroid Cube merupakan sebuah kamera lasak 6 Megapixel yang mudah dibawa kemana-mana dengan harga sekitar RM350

Satu lagi kami bawakan untuk anda sebuah kamera lasak dari Polaroid iaitu Polaroid Cube dengan reka bentuk kiub kecil yang comel. Kamera kecil ini memiliki ukuran 35 x 35 x 35 mm dengan berat hanya 45g. Sangat kecil dan ringan untuk mudah dibawa kemana-mana.

Polaroid Cube lebih mengfokuskan penggunaan harian yang biasa dengan lensa kamera 6 Megapixel dengan keluasan sudut lebar 124 degree. Dan sudah tentu ia turut menyokong rakaman video 720p dan 1080p pada 30fps. Ia bukanlah kamera yang hebat, namun dengan harga USD99 (RM350) sudah tentu ia menjadi pilihan terbaik untuk memiliki sebuah kamera lasak.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Polaroid Cube:

  • Kamera dengan 6 Megapixel
  • Rakaman Video HD 1080p
  • Lensa kamera dengan 124 degree wide angle
  • Kalis air sehingga kedalaman 2 meter
  • Merakam video sehingga 90 minit
  • Menyokong microSD sehingga 32Gb
  • Terdapat tiga pilihan warna hitam, biru dan merah

Polaroid juga menyediakan pelbagai aksesori untuk kamera lasak ini antaranya seperti waterproof case, suction cup mount, monkey stand, Bicycle Mount, Bumper Case, Tripod Mount, Strap Mount, Helmet Mount dan sebagainya.

Sumber: Polaroid