Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery

Dalam keseluruhan peranti milik samsung, terdapat tiga keluarga utama yang mendapat tempat di hati pengguna. Pertama sudah tentu dari siri Galaxy S yang merupakan peranti flagship dari Samsung. Kedua adalah barisan keluarga Galaxy Note dan ketiga yang baru dilancarkan adalah barisan keluarga Galaxy A yang semakin mendapat tempat di pasaran tempatan. 

Samsung Galaxy A5 merupakan salah satu peranti dari siri Galaxy A. Ia telah pon memasuki pasaran Malaysia yang mula dijual pada harga RM1199.

Reka Bentuk Samsung Galaxy A5

Berbeza dengan kebanyakan peranti Samsung yang lain, Samsung Galaxy A5 nampak lebih premium. Dengan reka bentuk lebih elegan yang hadir dengan kerangka besi. Galaxy A5 memiliki ketebalan hanya 6.7 mm dengan berat sekitar 123 g. Ia boleh didapati dalam 6 pilihan warna putih, hitam, siver, merah hati, biru dan emas.

Samsung Galaxy A5 memiliki paparan sebesar 5 inci yang dipadankan dengan resolusi 720×1280 pixels. Untuk paparan yang jelas, sudah tentu Samsung membawakan paparan Super AMOLED pada perantinya ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy A5

Untuk peranti ini, Samsung dilihat lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Jadi kita tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa untuk peranti ini. Walaubagaimanapon. Galaxy A5 sudah pon menawarkan sesuatu yang terdapat pada smartphone flagship seperti sambungan internet 4G LTE, 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan dan sebagainya.

Untuk keupayaanya pula, peranti ini dimuatkan dengan cip pemproses Snapdragon 410 dengan kelajuaan memproses Quad-Core 1.2 Ghz. Ia turut hadir dengan 2 Gb RAM serta memori terbina 16GB dengan sokongan memori tambahan sehingga 64 GB. Untuk spesifikasi penuh Samsung Galaxy A5 boleh merujuk di bawah.

Samsung Galaxy A5 Specification

General Platform Android 4.4.4 (KitKat)
Processor Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
Cipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410
GPU
Date Announced October, 2014
Price Samsung Galaxy A5 Price in Malaysia
Coverage GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE
Version/SIM Single SIM (Nano-SIM)
Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Design Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 139.3 x 69.7 x 6.7 mm
Weight 123 g
QWERTY
Others
Display Technology Super AMOLED, 16M colors, 294 ppi pixel density
Resolution 720 x 1280 pixels
Size 5.0 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection
Others
Multimedia 3.5mm Audio Jack Yes
Radio Yes
Music Player Yes
Sound Format MP3/eAAC/WAV/Flac
Video Format MP4/H.263
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio/video/Document
Others
Memory Built-in Storage 16 GB
Card Slot microSD, up to 64 GB
System Memory 2 GB RAM
Connectivity GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSDPA, HSUPA, LTE
WIFI Yes
NFC Yes
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera Camera 13 Megapixel
Resolution 4128 x 3096 pixels
Flash LED flash
Focus Autofocus, Touch Focus
Features Geo-tagging, face detection, panorama
Video 1080p@30fps
Front Camera 5 Megapixel
Features Battery Li-Ion 2300 mAh
Colors Pearl White, Midnight Black, Platinum Silver, Soft Pink, Light Blue, Champagne Gold
GPS A-GPS, GLONASS
Sensors Accelerometer, proximity, compass
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa
Others

Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy A5

Setiap smartphone sudah tentu meliki kelebihan dan kekuranganya sndiri. Ia direka khas bedasarkan permintaan daripada pengguna dan bukannya sebuah peranti sempurna dengan harga yang tidak mampu milik. Antara kelebihannya  dan kekurangannya seperti dibawah.

Kelebihan:

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Kamera 13 Megapixel di belakang dan 5 Megapixel hadapan
  • Rekabentuk Elegan dengan kerangka besi
  • Hadir dengan pilihan Dual-SIM dan Single SIM

Kekurangan:

  • Paparan skrin dengan resolusi HD 720P bukannya Full HD 1080P
  • Cip pemproses yang agak rendah Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53

Kesimpulan

Akhir sekali, dengan harga RM1199 sudah tentu Galaxy A5 menawarkan seauatu yang terbaik. Bukan saja reka bentuk premium, elegan tetapi ia turut menawarkan spesifikasi serta fungsi pengambaran yang baik.