Samsung Galaxy A7

Samsung telah mengumumkan satu lagi peranti untuk Siri A iaitu Samsung Galaxy A7 yang merupakan antara smartphone ternipis dari Samsung.

Galaxy A7 menawarkan ciri-ciri premium yang menyatukan keupayaan multitasking dengan reka bentuk yang canggih bagi meneruskan populariti yang ditawarkan Galaxy A5 dan Galaxy A3.

Menurut Samsung, peranti ini dilengkapi dengan Exynos 5 Octa-Core yang membolehkan pengguna melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan mudah. Galaxy A7 memiliki saiz layar sebesar 5.5 inci dengan Super AMOLED yang hadir dengan 2GB RAM. Dibahagian belakangnya, ia hadir dengan kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan untuk selfie dan juga panggilan video.

Untuk Galaxy A7, ia hadir dengan dua model SIM tunggal dan Dual-SIM yang boleh didapati dengan pemproses yang berbeza, Model Dual-SIM dipadukan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 615 manakala model SIM tunggal hadir dengan pemproaes Exynos 5 Octa-Core. Kedua-duanya hadir dengan sokongan 4G LTE.

Spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Samsung Galaxy A7

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.5 Inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dan Exynos 5 Octa 5430
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 2600 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan microSD 64 GB

Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan tentang harga dan juga tarikh pasaran. Memandangkan di Malaysia baru saja mengumumkan Galaxy A5 fan Galaxy A3, mungkin kita akan lihat sedikit lewat peranti ini di pasaran Malaysia.