noteedge

Samsung yang yang sebelum ini banyak membawakan inovasi baru dalam dunia telefon bimbit. Mereka telah membawakan smartphone dengan projektor terbina, smartphone kamera dengan optikal zoom dan terbaru smartphone dengan skrin lengkung yang terdapat pada Samsung Galaxy Note Edge.

Perkembangan dengan peranti perdana mereka, Samsung Galaxy S6, Samsung akan membawa dua model Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge. Satu daripadanya memiliki dua skrin lengkung dibahagian sisiya dan satu lagi model memiliki paparan yang flat yang biasa.

Samsung Dijangka Akan Memperkenalkan Dua Model Samsung Galaxy S6 Dan Samsung Galaxy S6 Edge

Menurut mereka lagi, Samsung Galaxy S6 Edge memiliki panel yang sama terdapat pada Galaxy Note 4 Edge termasuk aplikasi panel seperti Yahoo Finance, panel untuk sukan dan berita, pedometer, dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi pada peranti ini menyamai apa yang terdapat pada Galaxy Note Edge.

Samsung dijangka akan memperkenalkan kedua-dua peranti ini pada acara MWC pada tahun ini.

Sumber : sammobile.com, Gambar : Flickr.com