Samsung Galaxy A3 dan A5

Seperti yang dijanjikan, Samsung Malaysia telah membawa masuk dua peranti dari keluarga siri A iaitu Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua peranti kelas pertengahan ini mula dijual pada harga RM899 untuk Galaxy A3 dan RM1199 untuk Galaxy A5.

Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan pilihan warna putih, hitam, silver dan juga emas yang boleh di dapati di pengedar sah Samsung.

Untuk reka bentuk kedua-dua peranti ini tidak ubah seperti Samsung Galaxy Alpha, namun ia lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 410 Quad Core 1.2 Ghz. Untuk spesifikasi penuh peranti ini boleh merujuk di sini: Spesifikasi Samsung Galaxy A5 dan Spesifikasi Samsung Galaxy A3.