samsunga5

Samsung ingin menamatkan pengeluarkan Samsung Galaxy Alpha untuk memberi peluang pada peranti yang mampu milik. Dan salah satu daripadanya ialah barisan keluarga Samsung Galaxy A yang akan dilancarkan pada 8 Januari ini.

Pada masa sekarang Samsung memiliki dua model dari keluarga Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A3 dan juga Samsung Galaxy A5. Untuk pasaran Malaysia, mungkin meraka akan bawakan salah satu daripadanya dan mungkin juga kedua-duanya. Kita akan tahu pada 8 Januari nanti.

Reka bentuk kedua-dua peranti ini tidak ubah seperti Samsung Galaxy Alpha, namun ia lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Kedua-dua smartphone ini dijana menggunakan pemproses yang sama iaitu Snapdragon 410 Quad-Core 1.2 Ghz. Bezanya ialah Galaxy A5 hadir dengab paparan sebesar 5.0 inci dan kamera utama 13 Megapixel manakala Galaxy A3 hadir dengan paparan sebesar 4.5 inci dan kamera 8 Megapixel.

Untuk spesifikasi penuh kedua-dua peranti tersebut boleh merujuk di sini: Spesifikasi Samsung Galaxy A3 dan Spesifikasi Samsung Galaxy A5.