Perkembangan daripada projek Ara, Google telah mengumumkan peranti modular spiral 2 yang merupakan smartphone modular pertama yang akan di jual. Spiral 2 memiliki spesifikasi asas yang lebih rendah berbanding model perdana yang lain. Ia memiliki Cipset Marvell PXA1928 dan NVIDIA Tegra K1, kamera belakang 5 Megapixel, paparan skrin dengan resolusi 720 x 1280 pixel, Wi-Fi, Bluetooth, 3G modem , microUSB, bateri, dan sebagainya.
Walaubagaimanapon, peranti ini masih lagi di peringkat BETA dan kekurangan firmware lengkap bagi menjalankan module hardware. Selain itu, ia memiliki kapasiti bateri yang lebih kurang berbanding smartphone yang lain.
Buat masa ini, Spiral 2 akan ditawarkan di Puerto Rico pada tahun ini. Ini kerana Google menyasarkan pasaran yang lebih kecil untuk membenarkan ia bekerja dengan FCC sebelum dilancarkan di pasaran yang lebih meluas.
Sumber : Android and Me